Friday, April 15, 2011

sila waspada pada doa orang yang TERANIAYA!

Assalammualaikum :)

Mengapa perlu doa?
  • Doa  adalah medium penting yang menghubungkan kita dengan Allah SWT.
  • Doa  itu penting kerana ia menampilkan kekerdilan kita di Hadhirat Allah SWT.
  • Berdoa atau memohon kepada Allah SWT adalah sebaik permohonan.
  • Berdoa akan menjadikan kita percaya diri dan mempunyai sandaran dalam kehidupan. Sandaran kita itu hanyalah Allah SWT.
  • Berdoa  juga adalah mencerminkan bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah yang diberikan kepada kita.

Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:
"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"- Hadis Riwayat Al-Bukhari -

Pengajaran Hadis:
  • Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama.
  • Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan merampas haknya, menyakitinya, menggangguinya atau menjatuhkan maruahnya.
  • Padahlah orang yang zalim; sebab doa mangsa kezaliman terhadapnya adalah segera diperkenankan ALLAH dan tiada penghalang di antaranya.
pautan dari : muslimdanislam website

*ingatlah wahai kawan-kawan.janganlah sesekali menganiayai orang lain.kelak kita mendapat balasan berganda dari Allah SWT.biarlah apa orang lain buat dekat kita, jangan kita balas.


senyum selagi kita mampu senyum :)
bersabarlah kawan-kawan, kita sedang diuji oleh Allah SWT.kita kuatkan!

5 comments:

Bella Ayub said...

thanx mengingatkan saya :)
lawanyerrrrr

CikHanis said...

cik bella-eceh!awak lagi lawa :)

peekalicious said...

ngape wt entry doa org teraniaya...
sama la kite kot...tgh teraniaya....
sabo ajela....

Lady Leaya said...
This comment has been removed by the author.
CikHanis said...

k.pika-bese la manusia :)